Tuesday, 31 July 2012

'Safee masih ada masa'






BARANGKALI tidak keterlaluan rasanya jika menyamakan nasib peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali seperti penyerang Chelsea, Fernando Torres.
Ketika ini, tonggak Pelita Jaya itu masih gagal menemui sentuhan penyudah setiap kali mewakili skuad kebangsaan termasuk ketika tewas 1-3 kepada juara Liga Perdana England, Manchester City di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Situasi itu pastinya mencetuskan kebim- bangan para peminat bola sepak tempatan.
Untuk rekod, kali terakhir Safee berjaya meledak gol ialah ketika Harimau Malaya tewas 2-3 kepada skuad kebangsaan India dalam aksi persahabatan di Stadium Salt Lake, Kolkata pada 16 November tahun lepas.
Biarpun pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dilihat memiliki rangkaian alternatif penyerang lain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Syakir Md. Ali dan Rozaimi Abdul Rahman, peranan Safee merobek gawang lawan masih ditagih dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF, November depan.
Begitupun, Rajagobal enggan menekan butang panik dan yakin Safee mampu mengakhiri kemarau gol di pentas anta- rabangsa.
"Safee akan menjaringkan gol, masanya akan tiba. Sebenarnya, dia beraksi lebih baik ketika menentang City berbanding pada pertemuan menentang Arsenal tempoh hari.
"Bagi saya, situasi Safee diibaratkan seperti penyerang Chelsea, Fernando Torres yang pernah berdepan masalah sama sebelum ini.
"Percayalah, Safee akan kembali digeru- ni selepas berjaya menjaringkan gol kelak," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.
Mengulas persembahan anak-anak buahnya malam kelmarin, Rajagobal mengakui, pasukannya gagal untuk menandingi corak permainan pantas pasukan bertaraf dunia seperti City.
"City berada dalam kelas yang berbeza, jadi sudah tentu ia suatu pengajaran berguna buat pemain.
"Saya sepatutnya memberi kredit kepada pemain. Dalam bulan Ramadan, bukan mudah untuk bermain tetapi kami cuba melakukan yang terbaik dan saya rasa kami berada di laluan yang betul untuk bermain dengan pasukan yang kuat seperti itu.
"Saya berpuas hati dengan kedua-dua perlawanan itu (menang City dan Arsenal). Ia adalah perlawanan yang amat baik dan pemain banyak menimba pengalaman dari- pada kedua-dua perlawanan itu," kata Rajagobal.
SAFEE (kiri) dicabar pemain City, Pablo Zabaleta pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Monday, 30 July 2012

Ghairah lihat isteri tuan rumah


AMPANG: Padah kerana menunjukkan kemaluannya, seorang lelaki kemaruk seks ditahan suami pemilik rumah yang disewanya sebelum diserahkan kepada polis di Pandan Jaya, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu itu, lelaki warga Pakistan terbabit menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 20-an yang juga pemilik rumah disewanya ketika berada di tandas rumah berkenaan.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit yang berusia 30-an dan bekerja sebagai tukang sapu pada mulanya menggunakan bilik air di rumah itu.
“Mungkin disebabkan ghairah melihat pemilik rumah sewanya, dia membuka kainnya dan menunjukkan kemaluan kepada wanita itu.

“Melihatkan tindakan lelaki terbabit, wanita itu takut, namun mendiamkan diri sebelum menceritakan kepada suaminya,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan lelaki terbabit memaklumkan kejadian kepada polis.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit menyewa bilik di tingkat dua rumah kedai yang didiami pasangan berkenaan dan dia sudah menetap di situ sejak beberapa bulan lalu.

“Ketika kejadian, mangsa dan suspek hanya tinggal berdua dan suami wanita berkenaan tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita terbabit dan penahanan lelaki itu.

Misi pingat pertama


GOYAH...Pandelela (atas) dan Jun Hoong ketika acara 3m papan anjal seirama, kelmarin.
GOYAH...Pandelela (atas) dan Jun Hoong ketika acara 3m papan anjal seirama, kelmarin.
PANDELELA Rinong menaruh harapan gandingannya bersama Leong Mun Yee mampu menggembirakan rakyat Malaysia apabila mereka turun beraksi dalam acara 10 meter platform seirama, malam ini.
Mereka yang menjadi taruhan pingat di temasya ini bagaimanapun pantas mengaku usaha mereka itu tidak mudah terutama apabila mempunyai penyandang juara, Chen Ruolin-Wang Hao dalam kelompok penerjun elit yang beraksi.

“Apapun, saya percaya yang segala-galanya bukan mustahil. Jika apa yang dirancang dipraktikkan dengan maksimum, harapan mencatat sesuatu tetap ada. Dalam sukan apa saja boleh berlaku,” kata Pandelela.
Pandelela dan Mun Yee adalah antara lapan pasangan yang terus beraksi di pusingan akhir di Pusat Akuatik pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Selain pasangan China, mereka juga akan berdepan gandingan dari Mexico, Kanada dan Australia.

“Jika boleh saya mahu rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian kami,” kata Pandelela. Jika berjaya melakukannya tanpa mengira warna pingat, mereka akan menjadi penyumbang pertama pingat selain daripada badminton.

Menurut Pandelela, dia sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan selepas acara 3m papan anjal seirama sewaktu bergandingan dengan Cheong Jun Hoong.

“Saya pasti gandingan saya dengan Mun Yee boleh menghasilkan sesuatu yang positif,’ katanya yang pernah memenangi perak di Siri Dunia di Beijing pada 2011 dan gangsa Kejohanan Dunia pada 2009 di Rome.
Kelmarin, Pandelela dan Jun Hoong menghuni tangga tercorot acara 3m papan anjal seirama selepas gagal memberikan persembahan jitu menerusi terjunan pertama.

“Tapi, saya rasa gandingan saya dengan Mun Yee mampu mengatasi kekecewaan itu,’ katanya.

Hajat Harimau Malaya kejut City tak kesampaian

Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Goh Thean Howe Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Goh Thean Howe
Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksikan skuad kebangsaan melakukan kejutan ke atas Manchester City tidak kesampaian apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mudah mencapai kemenangan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aksi cemerlang skuad negara ketika kalah tipis 1-2 di tangan Arsenal Selasa lalu gagal diulangi, sebaliknya hanya bangkit pada baki lima minit terakhir untuk merapatkan jurang selepas ketinggalan tiga gol.
Pada babak pertama, anak buah K Rajagobal terselamat untuk hanya ketinggalan satu gol apabila gandingan Sergio Aguero dan Carlos Tevez bebas berlegar dalam kotak penalti negara untuk mencipta beberapa peluang gol.

Namun hanya percubaan minit ke-18 oleh Aguero yang secara solo memperdaya empat pertahanan berjaya menembusi gawang yang dikawal Farizal Marlias untuk gol pertama skuad kendalian Roberto Mancini.

Selepas rehat, Tevez tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan City dan memperoleh gol kedua pasukannya hasil larian solo minit ke-47 yang menyaksikan penyerang Argentina itu mudah menewaskan Farizal.

Permainan kurang bermaya skuad negara menyaksikan City sekali lagi menggegar gawang (m-52), kali ini menerusi Adam Johnson yang menerima umpanan cantik dari Aguero.

Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88.
                                            video Highlight perlawanan Malaysia vs man city

Wednesday, 25 July 2012

Wanita ‘Sempoi’ Patahkan Penghadang Parkir

Wanita

Ini video yang kita boleh katakan jarang dilihat di mana-mana sama ada di pusat membeli-belah atau pun kawasan parkir rumah.
Keadaan seorang wanita yang terlalu sempoi ‘handle’ masalah yang dia sendiri ciptakan.
Tanpa langsung rasa bersalah, dengan ‘relax’ dan ‘cool’ wanita itu mematahkan penghadang parkir setelah melanggar penghadang itu.
Sempoi!
Yang menambah lucunya, seorang pemandu lain yang berada di belakang kereta wanita itu masih lagi memasukkan tiket parkir walaupun penghadang sudah patah.



Siaran Langsung OLIMPIK 2012 Acara BolaSepak Wanita....( 25 JULAI 2012)

OLIMPIK GAMES

USA vs FRANCE
jam 11.45 malam di TV2

Rajagopal puas hati walaupun kalah


Jurulatih Malaysia K. Rajagopal puas hati dengan persembahan pasukannya walaupun selepas mereka kalah 2-1 di persahabatan menentang Arsenal malam semalam.
Harimau Malaya memberikan persembahan yang baik dan juga berjaya mendahului perlawanan sebelum masa rehat apabila Azmi Muslim merembat bola masuk dari luar kotak penalti.
Walaubagaimanapun, Thomas Eisfeld menyamakan kedudukan untuk Arsenal pada minit ke-85 sebelum Chucks Aneke menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir perlawanan.
Tetapi Rajagopal menegaskan terdapat beberapa perkara positif yang dapat diambil daripada perlawanan semalam, terutama sekali memandangkan mereka dibelasah Arsenal 4-0 musim panas lalu.

"Secara keseluruhan, saya gembira dengan persembahan kami," beliau memberitahu ESPNSTAR.com.
"Kami tidak memulakan perlawanan dengan baik dan sering kehilangan kawalan bola. Kami tahu gaya permainan Arsenal.
"Sedikit demi sedikit, keyakinan kami semakin meningkat dan para pemain saya mula bermain dengan lebih baik dan serangan balas kami memberikan beberapa masalah untuk Arsenal.
"Saya rasa ia satu peningkatan untuk kami. Saya telah janji Wenger kali ini ia lebih sukar dan saya rasa para peminat dapat menikmati perlawanan ini."
Rajagopal memberikan beberapa pemain baru peluang untuk bermain menentang salah satu pasukan paling hebat di dunia, termasuk Gary Robbat, Mahali Jasuli, Baddrol Bakhtiar dan Rozaimi Abdul Rahman.
Dan walaupun beliau mengakui keputusannya untuk menukar beberapa pemain di separuh masa kedua mungkin telah menyebabkan mereka kalah, beliau menegaskan peningkatan para pemain mudanya adalah lebih penting.
"Kami tahu di separuh masa kedua mereka akan menghantar ramai pemain baru dan mereka akan lebih segar," Rajagopal menambah.
"Kami dapat lihat mereka akan menyerang kami dan apabila saya membuat penukaran, corak permainan dan keyakinan kami terjejas sedikit dan kami dibolos dua kali.
"Sudah tentu mana-mana jurulatih akan kecewa dibolos di saat penting perlawanan apabila kami sepatutnya menang atau sekurang-kurangnya seri.
"Tetapi saya gembira dengan para pemain dan dengan peningakatan mereka. Saya mempunyai skuad yang mudah, saya percaya dengan skuad ini dan saya berharap kami sedang gerak ke arah yang betul."
Beliau juga mendedahkan beliau telah berbual dengan Wenger sebelum perlawanan itu dan menerangkan kepadanya bahawa mereka kongsi falsafah yang sama dalam bola sepak.
"Beliau (Wenger) datang untuk jumpa saya dan kami telah berbual dan saya memberitahunya kami mempunyai falsafah yang sama - membina pasukan yang muda," Rajagopal berkata. "Beliau juga telah tanya saya tentang beberapa pemain kami.

Piala Java ditunda ke Ogos

PT Liga Prima Indonesia Sportindo (PT LPIS) secara rasmi telah menunda Piala Java 2012 ke pertengahan bulan Ogos.

Piala Java yang dijadualkan berlangsung esok, 26 Julai, terpaksa ditunda selepas Galatasaray dan Everton menarik diri dari menyertai kejohanan ini di saat akhir.
"Setelah kami bermesyuarat pagi tadi, kami telah memutuskan untuk menunda Piala Java ke pertengahan bulan depan (Ogos). Tarikhnya akan kami umumkan nanti," kata CEO PT LPIS, Widjajanto di Jakarta hari ini.
Pihak penganjur masih lagi akan kekalkan format empat pasukan dalam Piala Java ini dimana Indonesia dan Malaysia kekal dan dua lagi pasukan akan ditentukan nanti.
"Kami akan mendapatkan kelab-kelab lain yang tidak terlibat dalam apa-apa pertandingan lain pada bulan depan," katanya lagi.
Sementara itu ejen perlawanana, Patrick Myaba yang menguruskan Piala Java turut menyatakan bahawa mereka akan menyaman Everton dan Galatasaray kerana menarik diri di saat akhir dan melanggar kontrak.
Everton semalam mengumumkan di laman web rasminya tentang pembatalan penyertaan mereka dalam Piala Java mengatakan bahawa masalah sekuriti, struktur dan hal pembayaran menyebabkan mereka menarik diri.
Namun, pihak penganjur menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa segala pembayaran telah dibuat dan pembayaran dituruti.
Perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia U23 kini sedang diaturkan dan kemungkinan akan diadakan pada 27 Julai ini.

Bonus Aidilfitri: Cuepacs ucap terima kasih

logo cuepacs
Cuepacs
 KUALA LUMPUR  - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
  
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus dan bayaran khas yang akan dibuat pada 9 Ogos itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
  
Omar turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bonus dan bayaran khas itu dengan sebaik-baiknya.
  
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata, bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara.
  
Katanya ini menunjukkan Najib, seorang pemimpin yang bersikap mulia dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam serta pesara kerajaan.
  
Pesara kerajaan hendaklah menggunakan bonus secara berhemah, berjimat-cermat untuk melakukan perkara yang berfaedah, katanya.
  
Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, beliau menasihatkan mereka harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara. - Bernama

Tuesday, 24 July 2012

ASIA TOUR 2012 [ ARSENAL VS MALAYSIA]

Malaysia XI[1]Malaysia XIArsenal[2]Arsenal
  • Azmi Muslim 45
  • Eisfeld 87,
  • Aneke 90
By Rob Kelly at the National Stadium, Bukit Jalil

Late goals from Thomas Eisfeld and Chuks Aneke secured victory for Arsenal in the opening game of their tour against a dogged, dangerous Malaysia XI side.

Arsène Wenger’s side dominated possession and twice came close in the first half through Andre Santos. But right on the stroke of the interval they fell behind to a superb Mohamad Azmi Muslim strike from the edge of the area.

A much-changed Arsenal side continued to press after the restart, but found the hosts tough to break down. But Eisfeld’s 87th-minute strike restored parity, before Aneke claimed the winner with a deflected effort.

It was an exciting end to an entertaining game in Kuala Lumpur, with the Gunners delighting their passionate supporters as they waved goodbye to Malaysia.

Wenger had named a strong side for the opening match of the 2012 Tour, presented by Emirates, with the likes of Thomas Vermaelen, Mikel Arteta, Gervinho and Kieran Gibbs all included.

Malaysia XI coach Datuk K. Rajogopal, meanwhile, had promised an improved showing after a 4-0 defeat to the Gunners in the corresponding fixture last summer. And the thousands of supporters inside the stadium gave his side a rapturous welcome.

Next it was the tourists, and how the fans raised the roof when they emerged into the dense humidity of the Kuala Lumpur night. Two nights after landing to a stunning welcome from Malaysia - and two days of coaching clinics, fan parties and open training sessions - the Arsenal players were ready for action.

The incessant chorus of vuvuzelas and horns from a frenetic, frenzied crowd helped create an intense atmosphere as kick off arrived. This is what they were here for, to watch their heroes doing what they do best - but it was the hosts who settled first.

The Malaysia XI may not have been the main attraction, but they were determined to show they were not here to merely make up the numbers - and within three minutes Safiq Bin Rahim tried an ambitious lob from fully 40 yards.

Arsenal soon hit their stride, though, with Marouane Chamakh testing Mohd Farizal Marlias with a volley from just inside the area, before Vermaelen sliced a scissors kick over the bar.

Wenger’s side dominated possession during the first half, but the humidity and a difficult playing surface made it tough to demonstrate their slick passing game.

Santos, who had switched to the right side of the front three, was presented with a fine opportunity just after the half-hour mark. Francis Coquelin pounced on a misplaced pass and played in the Brazilian who, after a neat one-two with Chamakh, screwed his effort wide.

It was an encouraging moment for Arsenal, but the hosts had an opportunity themselves moments later as Azamuddin Mohd Akil tested Vito Mannone with a well-struck drive from 20 yards.

Santos was presented with another clear-cut chance in the 39th minute when he pounced on a mistake and went clear in the box, but his effort was well saved by Mohd Farizal Marlias.

But back came this spirited, dogged Malaysia XI side with Mohd Safee Bin Mohd Sali coming perilously close to opening the scoring with a fierce drive that was pushed wide by an alert Mannone. It was fast, frenetic stuff and superb entertainment for the Malaysian fans packed into this impressive stadium.

An entertaining game deserved a goal, and when it came it was worth the wait for those Malaysians watching on. The hosts had been a threat, and with the half entering injury time Muslim had time on the edge of the area and arrowed a shot into the top right-hand corner. It was nothing short of top class.

It was all change for Arsenal at the interval - apart from Mannone - as Wenger shuffled his pack, blooding youngsters such as Aneke, Nico Yennaris and Ignasi Miquel. Two of the more senior statesmen, Theo Walcott and Alex Song, were also thrown into action as Arsenal went in search of an equaliser.

But the hosts remained a threat themselves and Mohd Safee Bin Mohd Sali came close to doubling their advantage after working his way into the box and testing Mannone with a firm effort.

Benik Afobe was presented with a glorious chance to restore parity in the 66th minute as Song released him down the middle with an incisive through-ball. The young striker was in acres of space but his left-footed effort was well blocked by the onrushing goalkeeper.

Arsenal were pressing and probing but to no avail, and Afobe had another half-chance in the 81st minute but sliced his close-range effort over the bar.

But finally the equaliser came when, in the 87th minute, Yennaris broke into the box on the right flank and cut the ball back for Eisfeld to slot home confidently.

But there was still more to come and moments later Aneke took aim from outside the area and saw his shot strike the defender and bounce up over the keeper and into the net.

A fitting finale to a fascinating contest.

Sunday, 22 July 2012

Alonso tawan GP Jerman


 




HOCKENHEIM - Pemandu Ferrari, Fernando Alonso menjadi pemandu pertama merekodkan kejuaraan ketiga pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.
Kejayaan itu hadir selepas Alonso berjaya mengungguli saingan pada Grand Prix (GP) Jerman di Litar Hockenheim semalam.
Pada perlumbaan itu, Alonso membuktikan kehebatannya apabila mencatatkan masa terpantas 1 jam 31 minit 05.862 saat.
Sebelum ini, pemandu kelahiran Sepanyol itu cemerlang apabila melakar kejuaraan pada GP Malaysia pada Mac dan GP Eropah bulan lalu.
"Ia adalah suatu yang menakjubkan sekali lagi. Kita (Ferrari) perlu meraikan keja- yaan ini," kata Alonso.
Lebih manis, kejuaraan yang dilakar di Litar Hocken- heim itu turut menyaksikan dia mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori pemandu dengan mengumpul 154 mata.
Pemandu Red Bull, Mark Webber yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat kelapan menghuni tangga kedua dengan 120 mata diikuti rakan sepasukannya, Vettel (118 mata).
Pada perlumbaan semalam, tempat kedua menjadi milik Vettel diikuti pemandu McLaren, Jenson Button.
Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen terus gagal dalam usaha merekodkan kejuaraan pertama musim ini apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat, manakala Kamui Kobayashi dari Sauber kelima. - AFP
ALONSO masih membuktikan sengatnya apabila menjuarai GP Jerman semalam.

Van Persie mahu gaji RM49.5 juta setahun

LONDON - Peledak berbisa The Gunners, Robin van Persie (gambar) dilaporkan mahukan gaji berjumlah £10.1 juta (RM49.5 juta) setahun untuk dipenuhi mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.

Kehendak van Persie itu didedahkan sendiri oleh ejennya, Kees Vos ketika berjumpa dengan juara Serie A, Juven- tus baru-baru ini.
Vos mendedahkan, penyerang kelahiran Belanda itu mahukan gaji berjumlah £195,000 (RM957,530) seminggu.
Jika ia menjadi kenyataan, van Persie merupakan antara pemain yang menerima gaji paling mahal di dunia.
Selain Juventus, turut memburu khidmat penyerang Arsenal itu ialah dua kelab gergasi England, Manchester City dan Manchester United.
Van Persie, 28, yang pernah meraih Anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali sebelum ini dilaporkan menolak tawaran gaji £130,000 (RM638,354) seminggu yang dikemuka- kan Arsenal.
Namun, City dan United dilaporkan tidak berdepan masalah memenuhi kehendak van Persie itu.
Ketika ini, City telah membayar Yaya Toure £225,000 (RM1.1 juta) seminggu, manakala Wayne Rooney pula menerima £200,000 (RM982,082) seminggu daripada United.
Dalam pada itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger tetap berharap supaya van Persie kekal di Emirates meskipun timbul spekulasi jersi no. 10 yang sebelum ini sinonim dengan penyerang Belanda itu dikhabarkan bakal diserahkan kepada Lukas Podolski musim depan.
Selain Podolski, Arsenal juga telah menandatangani penyerang baharu, Olivier Giroud selain memantau perkembangan penyerang Sepanyol, Fernando Llorente jika van Persie benar-benar berhasrat untuk berhijrah. - Agensi

Momentum lebih penting, Ranking tidak penting!



WENGER (tengah) bersalaman dengan Rajagobal selepas sidang akhbar di Subang semalam.



MOMENTUM jauh lebih penting daripada ranking. Demikian tegas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Meskipun sedar dengan kritikan segelintir pemerhati bola sepak tempatan yang menyifatkan aksi tersebut tidak memberikan manfaat kepada penambahbaikan ranking FIFA skuad negara, Rajagobal tetap enggan melatah.
Sebaliknya, beliau mahu anak-anak buahnya meraih pengalaman berguna berdepan pasukan yang memiliki reputasi yang cukup hebat seperti The Gunners. “Bagi saya, momentum lebih penting daripada ranking, jadi aksi menentang Arsenal bukan sesuatu yang sia-sia seperti mana didakwa segelintir pihak. ”Selepas Arsenal, kita akan berdepan Manchester City (30 Julai) sebelum menjalani tiga perlawanan ujian persahabatan di Austria.
“Ini sebagai persiapan awal kita mempertahankan Piala AFF, jadi momentum pasukan perlu dikekalkan selepas kita menentang Singapura tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar semalam. Untuk rekod, Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam aksi Pra Jelajah Asia kelab itu pada 13 Julai tahun lepas hasil jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky. Mengulas lanjut kata Rajagobal, beliau yakin anak-anak buahnya tampil dengan aksi lebih mencabar kali ini meskipun beraksi ketika Ramadan, selain kecederaan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Syakir Md Ali.
“Kita bermain di padang yang sama dan juga bola yang sama. Jadi, tidak ada alasan untuk pemain kita takut dengan Arsenal. Hormati boleh, gentar tidak sama sekali,” tegasnya. Dalam pada itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger tetap menghormati kekuatan skuad negara. “Anda (Malaysia) masih mempunyai jurulatih yang sama (Rajagobal) kali ini, sudah tentu perlawanan kali ini lebih mencabar.
"Ramai yang bertanya kenapa Arsenal datang ke sini sebanyak empat kali sejak 1999 tetapi kami memiliki peminat yang benar-benar menakjubkan di sini, jadi mengapa tidak?” katanya.

Saturday, 21 July 2012

undian pada 2hb ogos nanti ..Piala Malaysia 2012

POT A : Kelantan, LionsXII, Selangor, Perak.

POT B : Terengganu, N.Sembilan, PKNS, T-Team.

POT C : JohorFC, Felda United,
Sarawak, Kedah.

POT D : ATM, Pahang, Sime
Darby, JohorFA.
· · · 2 minit yang lalu ·

Kepala Boleh Pusing 180 darjah....Video


Kenangan Piala Malaysia 2011 Dan Piala F.A 2011 Video

KenanganVideo2 Higlight perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
Highlight perlawanan Akhir Piala F.A 2011

ADAKAH KEJAYAAN TERCIPTA DALAM PIALA MALAYSIA 2012 UNTUK PASUKAN TERENGGANU??

Sejarah Piala FA 2011 ..Video Terengganu 2 - Kelantan 1


Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

QPR 5-0 Kelantan | Asia Tour 2012




 QPR 5 - Sabah 0 

 

KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.
Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh  Indra Putra Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.
Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.
QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.
Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.
QPR akan menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini.
Dalam pada ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.
KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam (Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha, Keita Manjou.
  
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse
(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.

Safee Sali dan Ustaz Azhar Idrus

Bertemu Ustaz Azhar Idrus di Rasta beberapa hari yang lalu. Mendapat sedikit sebanyak nasihat dari Ustaz. Alhamdulillah...
Foto: Bertemu Ustaz Azhar Idrus di Rasta beberapa hari yang lalu. Mendapat sedikit sebanyak nasihat dari Ustaz. Alhamdulillah...

Pemenang Kasut Emas Liga Super Malaysia 2012, Forkey Doe dari pasukan Terengganu (15 Gol) dan pemenang Kasut Emas Liga Perdana Malaysia 2012, Khairul Izuan Abdullah dari pasukan PDRM (23 Gol).


DUA pemain import Liga Super, Francis Forkey Doe, dari Terengganu dan Effa Owona (Negeri Sembilan) dinobat sebagai pemenang kasut emas Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila mengumpul 15 jaringan sepanjang saingan liga.

Menjadi tonggak utama pasukan Terengganu, Forkey yang berasal dari Liberia menyifatkan kemenangan itu bukan kejayaannya seorang.

Sebaliknya, beliau yang Lebih gemar bergerak dalam satu pasukan menganggap kejayaannya merangkul kasut emas adalah milik bersama skuad Penyu.

"Pencapaian ini merupakan penunjuk kepada prestasi saya dalam pasukan. Jika tidak mengalami sebarang kecederaan, sudah tentu saya mampu melakukan lebih banyak jaringan.

"Saya juga amat berterima kasih kepada pasukan Terengganu dan juga penyokong yang sentiasa bersama kami," katanya ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini.

Gembira beraksi bersama Terengganu meskipun skuad Penyu hanya berada di tangga kelima liga, Forkey berharap dapat membantu Terengganu dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Sementara itu, penyerang pasukan Liga Perdana, PDRM, Khairul Izuan Abdullah, muncul pemain terbaik dengan 23 jaringan.

Berhasrat untuk beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan sebagai pemain pinjaman dalam saingan Piala Malaysia, pemain kelahiran Kedah ini berharap perbincangan pihak pengurusan dengan skuad Jang itu berpihak kepadanya.

"Ada tiga pasukan yang menyarakan hasrat untuk meminjam saya bagi membantu mereka dalam saingan Piala Malaysia nanti, namun minat saya lebih kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai pasukan yang kuat dan juga berpotensi untuk berjaya," katanya.

Selain mengumumkan pemenang kasut emas, FAM hari ini turut menyampaikan pingat dan juga piala beserta hadiah wang tunai dan insentif berjumlah RM5,445,616 kepada pasukan Liga Malaysia musim ini.

Friday, 20 July 2012

Gambar dan Video Muammar Gaddafi Diliwat Ketika Ditangkap (Kejam!)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malang sungguh bagaimana Muammar Gaddafi menemui ajalnya. Daripada rakaman terbaru saat-saat dia diheret keluar dari longkang menunjukkan dengan jelas bagaimana penagkapnya menjolok sesuatu ke dalam lubang juburnya. Berkemungkinan apa yang disumbat itu adalah merupakan pisau atau banet senjata yang menunjukkan darah membasahi seluar Gaddafi yang kelemahan tidak bermaya.
Laporan juga mengatakan Gaddafi telah ditembak oleh seorang tentera bernama Senad El Sadok El Ureybi yang mengaku telah melepaskan tembakan pada kepala dan dada Muammar ketika tentera lain mengheretnya. Dalam apa jua keadaan pesalah atau tangkapan perang yang menyerah diri tidak sepatutnya dilapah sesuka hati sebelum dibicarakan ke muka pengadilan atau oleh mereka yang berautoriti membuat keputusan.




Thursday, 19 July 2012

117 atlet Sukma Terengganu terima ganjaran sebelum raya

117 atlet Sukma Terengganu terima ganjaran sebelum raya
Ahmad beramah mesra dengan beberapa atlet Sukma ketika mereka menikmati juadah tengah hari pada majlis ramah mesra bersama atlet Sukma Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.
KUALA TERENGGANU – Seramai  117 atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu  yang berjaya meraih pingat pada temasya itu bakal menerima insentif kemenangan mereka selewat-lewatnya seminggu sebelum Aidifitri.

Selain insentif berjumlah RM5,000 (emas), RM3,000 (perak), RM2,000 itu, Kerajaan Negeri turut menjanjikan ganjaran istimewa dan lebih lumayan menanti mereka atas kejayaan mengharumkan
nama negeri menjuarai kejohanan itu empat kali berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata, beliau akan mengumumkan perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bentuk habuan itu namun tidak menolak kemungkinan ia suatu ganjaran yang lebih lumayan dan istimewa untuk dihadiahkan kepada  atlet berkenaan.

Menurutnya, ganjaran tersebut dibuat berdasarkan rekod cemerlang kontinjen Sukma Terengganu yang muncul juara buat kali keempat berturut-turut  termasuk prestasi lebih cemerlang pada Sukma ke-15 di Pahang tempoh hari ini.

“Tunggulah, saya akan umumkan (ganjaran lebih lumayan) apabila sampai masanya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan atlet Sukma Terengganu dan penyerahan rasmi Piala Pusingan Sukma kepada Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman,  di sini  semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM10,000  kepada olahragawan Terengganu, Abdul Mubin Rahim yang berjaya meraih pingat emas pada Sukma ke-15 sekali gus memecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat.

Ahmad berkata, selain itu, Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk memberi insentif berupa tunai kepada kesemua 117 atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukma ke-15 di Pahang sebagai penghargaan kerajaan kepada sumbangan mereka.

“Insentif tambahan ini diberikan sebagai penghargaan Kerajaan Negeri kepada Abdul Mubin yang berjaya memadamkan rekod kebangsaan yang dipegang atlet kelahiran Sabah, Matin Guntali selama sembilan tahun.
“Saya dah arahkan MSN (Majlis Sukan Negeri) membuat perkiraan jumlah insentif yang akan kita agihkan kepada atlet berjaya itu, kita jangka (agih) dua minggu sebelum Aidilfitri,” katanya.

Wednesday, 18 July 2012

Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur

 

JERTIH: ”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.
Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.
Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.
“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

Rakaman CCTVRakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut

KEJADIAN jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat. Setiap hari ada sahaja kes jenayah dilaporkan dan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar.

Risiko kecederaan mangsa jenayah juga sangat menakutkan, lihat sahajalah laporan media saban hari melaporkan kes kehilangan nyawa akibat perbuatan penjenayah yang tidak berhati perut.

Sudahlah rakyat negara ini kini hidup di dalam ketakutan lantaran kes jenayah yang semakin meningkat dan melibatkan kehilangan nyawa, ditambah pula dengan keperihatinan rakyat yang kini semakin menjadi persoalan.



Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku kejadian ragut melibatkan seorang warga emas yang diragut tas tangannya oleh penjenayah yang menunggang motorsikal.

Akibat rentapan kuat, warga emas malang itu terseret beberapa kaki sebelum jatuh terlantar di atas jalan dan mengerang kesakitan.

Apa yang mengejutkan, orang ramai yang lalu lalang di situ langsung tidak mempedulikan wanita tua itu yang merintih dan mengerang kesakitan. Akhirnya warga emas itu dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di parkir flat Padang Tembak di Air Hitam, Pulau Pinang.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertutup, CCTV. Sila tonton dan saksikan sendiri rakaman yang dimaksudkan di bawah ini.


Kesultanan Johor

 "Sultan Johor berkenan bebas, ringankan hukuman banduan".
Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan terhadap lapan orang banduan, Sabtu ini.

Baginda juga turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan dan memberi pengampunan kepada seorang lelaki yang disabitkan kesalahan ketika berumur 18 tahun pada 1985 untuk membersihkan namanya daripada rekod sabitan kesalahan.

Kita mampu pertahan trofi

Kita mampu pertahan trofi
Kecik (depan) tekad disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki, November ini.
ENGGAN menganggap undian kempen Kumpulan B Piala Suzuki AFF November ini sebagai satu tekanan buat skuad kebangsaan, pemain tengah Harimau Malaya, Shahurain Abu Samah optimis negara mampu mempertahankan trofi dimenangi pada 2010 itu.

Mengakui di atas kertas Malaysia dilihat mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah bersama edisi kesembilan yang akan bermula pada 25 November nanti, Shahruain atau lebih dikenali sebagai Kecik bagaimanapun enggan memandang mudah laluan
yang bakal dihadapi skuad kendalian Datuk K  Rajagobal.

"Segala kelebihan tidak ada gunanya jika kita gagal menterjemahkan strategi dan juga rancangan ketika beraksi di atas padang.

"Namun begitu, saya tetap yakin dengan kebolehan rakan sepasukan dan percaya kami mampu melakukan yang terbaik sekiranya tumpuan 100 peratus diberikan dalam perlawanan.

"Malah kami pasti akan lebih bersemangat apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Diundi bersama musuh tradisi Indonesia dan Singapura serta naib juara pusingan kelayakan, Malaysia dilihat berada dalam kumpulan maut meskipun berjaya menewaskan skuad Garuda pada final 2010 menerusi agregat 4-2 dan juara tiga kali, Singapura pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam 12 Jun lalu.

Pada masa sama, enggan memikirkan soal provokasi mahupun sentimen kenegaraan yang mungkin dihadapi skuad kebangsaan dalam pertemuan menentang Indonesia mahupun Singapura seperti perlawanan sebelum ini, Kecik menganggap perkara tersebut tidak penting baginya.

"Tolak tepi isu provokasi yang bakal dilakukan pihak lawan mahupun penyokong mereka kerana kita ternyata berjaya mengatasinya pada masa lalu. Apa yang penting sekarang adalah melaksanakan misi memburu kemenangan sekali gus mempertahankan kejuaraan," katanya yang turut positif sekiranya digandingkan dengan penyerang mudameningkat naik, Rozaimi Abd Rahman.

Malaysia akan bertemu Arsenal FC (24 Julai) dan Manchester City FC (30 Julai) dan kemudian ke Austria pada 4 hingga 16 Ogos untuk sesi latihan serta perlawanan persahabatan sebelum membuka kempen menentang Singapura pada 25 November, pasukan naib juara kelayakan (28 November) dan Indonesia (1 Disember).

Selain memburu status pasukan gergasi Asia Tenggara, juara kejohanan ini akan menerima hadiah AS$200,000 (RM636,692) manakala naib juara pula AS$75,000 (RM238,676).

Tuesday, 17 July 2012

Khalwat: Kantoi dengan anak sendiri


KLUANG - Tindakan seorang ibu membawa masuk seorang kekasih warga asing ke dalam rumahnya dekat Felda Bukit Tongkat di sini membawa padah selepas dia 'kantoi' dengan anaknya sendiri.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, ibu tunggal kepada lima anak itu ditangkap oleh anak bongsunya berusia 20-an bersama jiram yang lain ketika sedang berdua-duanya dengan lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Sabtu lalu.

"Wanita berusia 50-an itu ditangkap oleh anaknya sendiri yang mana pada waktu itu anak wanita tersebut ditemani oleh jirannya. “Dipercayai lelaki warga asing itu berusia 20-an dan bekerja sebagai pekerja ladang di Felda Bukit Tongkat  manakala, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu pejabat di felda yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, wanita berkenaan baru sahaja kematian suami kira-kira tujuh bulan lalu dan tinggal di Felda berkenaan bersama-sama anak bongsunya.

Difahamkan sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut telah mengambil lelaki berkenaan di perhentian bas berdekatan Felda untuk di bawa datang ke rumah yang mana, pada masa itu merupakan kali pertama wanita tersebut membawanya ke rumah.

“Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dikesan anaknya sendiri yang kemudian bertindak menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

“Bagi kes ini, kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum dituduh ke mahkamah Syariah.

Kes tersebut di siasat di bawah kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. “Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Pasangan bogel dicekup berasmara depan rumah

PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel. Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut. Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang. Ahli Jawatankuasa KRT Zuhri Othman berkata, hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang seperti sedang menari dalam kenderaan itu. Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan. “Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing dengan pakaian dan tangan,” katanya Zuhri berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta Katanya, remaja itu mengaku baru pulang menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang. Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah. “Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit. “Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Dua rumah urut diserbu polis, 20 warga asing ditahan

PETALING JAYA - Seramai 20 wanita warga asing dipercayai pelacur, dan dua penjaga premis, warga tempatan, ditahan dalam operasi ke atas rumah urut di Puchong Jaya, malam tadi.
  
Operasi yang digelar 'Ops Noda' itu disertai anggota bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Serdang yang    diketuai Inspektor Roslin Mohd Isak serta anggota dari Balai Polis Puchong Jaya yang diketuai Inspektor Hailmi Zil Azam Nordindi.
  
Roslin berkata dalam serbuan selama dua setengah jam bermula 11 malam itu, enam wanita warga Vietnam, empat warga China dan 10 warga Thailand berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan bersama 12 pelanggan warga tempatan.
  
"Serbuan ini dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan polis sejak awal bulan ini. Semua wanita terbabit ditahan dalam sebuah bilik dan mereka dipercayai menunggu pelanggan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.
  
"Siasatan mendapati wanita berkenaan juga melanggar syarat pas lawatan sosial dan dipercayai telah masuk ke negara ini lebih 10 kali," katanya.
  
Roslin berkata rumah urut itu, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 3 pagi, menyediakan khidmat mengurut dan menawarkan khidmat seks.
  
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjurkan pelacuran dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah. -Bernama

Baling topeng ke arah ketua pentadbiran Hong Kong


HONG KONG – Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung diusir keluar dari dewan Majlis Perundangan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.
Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung melakukan perbuatan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan Chun-ying yang gagal memberi jawapan yang memuaskan.
Chun-ying memberi jawapan itu selepas Kwok-hung bertanya tentang kes pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut.

Terengganu juara





TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang telah melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi jelas sekali meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Pahang.
Bagaimanapun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kontinjen Terengganu yang muncul juara keseluruhan Sukma buat kali keempat berturut-turut.
Pada edisi kali ini, Terengganu sekali lagi berada dalam kelas tersendiri apabila merekodkan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.
Ia dianggap kejayaan terbaik yang dilakar Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama kontinjen yang digelar Terengganu Hanelang itu muncul juara kali pertama Sukma pada edisi 2008 di bumi sendiri.
Sementara itu, juara Sukma tujuh kali, Selangor pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua apabila mengumpul 47 pingat emas, 54 perak dan 60 gangsa.
Tampil selaku tuan rumah, Pahang masih boleh berbangga apabila menempatkan diri dalam kelompok tiga kontinjen terbaik selepas mengutip 45 pingat emas, 50 perak dan 38 gangsa.
Selain kejayaan Terengganu mengungguli temasya Sukma buat kali keempat berturut-turut, dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma kali ini.
Pihak penganjur sebulat suara memilih Abdul Mubin dan Frenceay berdasarkan kejayaan mereka memecahkan rekod kebangsaan dalam kategori masing-masing.
Selaku penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sukma ke-15, Abdul Mubin dan Frenceay membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.
Selain Abdul Mubin dan Frenceay, perenang Wilayah Persekutuan, Ian James Barr turut muncul sebagai atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsan pada Sukma kali ini menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.
Selain tiga rekod kebangsaan, sebanyak 33 rekod Sukma berjaya diperbaharui, seterusnya meninggalkan memori indah buat kesemua 15 kontijen termasuk Brunei yang bertanding pada temasya kali ini.
Pada majlis penutup Sukma ke-15 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan upacara itu dalam suasana yang penuh gilang-gemilang dengan disaksikan lebih 30,000 penonton.
Najib dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar temasya seperti Sukma dapat diperluaskan di peringkat daerah bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu.
“Saya harap Sukma dapat berterusan menjadi ‘kilang’ atlet sukan negara berjuang pada temasya lebih besar seperti Olimpik. Jadi kita perlu lakukan sesuatu di peringkat daerah.
“Tahniah saya ucapkan kepada kontinjen Terengganu kerana muncul juara Sukma kali keempat berturut-turut selain pujian buat Pahang yang berlaku adil dalam setiap acara yang dipertandingkan,” katanya.
Majlis itu diakhiri dengan penyerahan bendera temasya yang menyaksikan Perlis bakal mengambil giliran menjadi tuan rumah Sukma 2014.
Sebaik menerima bendera Sukma daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib kemudiannya menyerahkan bendera itu kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong.

Monday, 16 July 2012

Gambar Buah Dada Dato Siti NurHaliza Diraba Tersebar di Internet


Jiwa Kesedihan Melanda Siti Nurhaliza

Gempar! Buah Dada Dato Siti Nurhaliza DiRABA. Pengalaman Pahit ini sebenarnya sudah lama dirahsiakan oleh siti selepas berumah tangga kerana di kuathiri menjejaskan nama baik siti nurhaliza dan keluarga.

Bak kata pepatah " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah " hari ini barulah gambar buah dada siti nurhaliza di raba tersebar di internet!

Gambar sekarang Siti Nurhaliza sedang meluahkan perasannya kepada suaminya Datuk K.


Sila lihat suspek dibawah, teng! teng! teng!


























Inilah suspek yang dicari seolah olah mangsa merelakannya




ps:// ini sekadar hiburan melawak, tidak ada niat yang buruk untuk pengunjung yang melihat :), sila lihat label topik ini didalam kategori melawak.. :)

Fazley Yaakob Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012

Tahniah diucapkan kepada Fazley Yaakob selaku Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012. Malam ni merupakan malam yang paling ditunggu-tunggu buat penggemar rancangan Astro iaitu Masterchef. Pada pusingan akhir ini, Fazley telah bersaing dengan Angah Raja Lawak. Namun, Dato’ Fazley telah berjaya menewaskan pesaingnya, Angah Raja Lawak.
Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012
Sebagai Juara, Dato’ Fazley telah memenangi RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ Fazley.

TAHNIAH TERENGGANU!! TERENGGANU juara keseluruhan SUKMA XV PAHANG 2012.

Kemalangan, Ferrari Terbelah Dua

VIVAnews – Kelajuan supercar memang luar biasa. Dengan tenaga hebat, hanya orang yang memiliki kepakaran tertentu yang mampu mengendalikan kereta mahal ini.
Seorang pemilik supercar Ferrari 612 Scaglietti hilang kawalan di Moscow, Rusia, 7 July lalu. Ia menghentam sebuah tiang dengan cukup kuat.
Akibatnya, kereta ini terbelah dua. Bahagian enjin, bumper, casis, fender sebelah kiri serta kedua ban pada bagian depan semuanya terpisah dengan badan hingga ke belakang.


Yang menghairankan, meskipun terbelah dua, pemandu dan tiga penumpangnya selamat. Mereka hanya cedera luka ringan.
Memang, Ferrari ini berbeza dengan yang lain. Ferrari 612 Scaglietti dilengkapi empat tempat duduk, bukan dua, seperti model-model lain.
Keretal ini dibuat sejak 2004 hingga 2011. Scaglietti dilengkapi dengan enjin V12 dengan kapasiti 5,7 liter yang mampu menghasilkan tenaga hingga 533 hp pada 7250 rpm dan maksimum 434 lb-ft pada 5250 rpm. Dengan tenaga ini, Scaglietti mampu memecut 315 kilometer per jam.

Saksikan Video dibawah...


Sumber harian metro online

Pembunuhan besar-besaran di Treimsa oleh Regim Bashar

Pada hari Khamis (12/7/2012) yang lalu, satu lagi pembunuhan dan penyembelihan secara besar-besaran dilakukan oleh regim Basyar dan sekutunya setelah melakukan beberapa operasi penyembelihan Sunni secara besar-besaran sebelum ini. Kali ini tentera regim membunuh dan menyembelih lebih 250 masyarakat Sunni di Masjid Turaimisah, wilayah Hamah.
Para saksi penyembelihan di Turaimisah melaporkan bahawa jumlah yang gugur syahid lebih besar di rumah-rumah dan ladang-ladang pertanian masyarakat awam sekitar kota tersebut.
Masyarakat Sunni Turaimisah yang berjaya menyelamatkan diri daripada tindakan ganas tersebut masih terus mencari dan mengumpulkan syuhada’-syuhada’ yang bergelimpangan di jalanan, perumahan, dan ladang-ladang pertanian.

Sunday, 15 July 2012

Misteri batu nisan ‘bernyawa’ berusia lebih 300 tahun

INI DIA…Ahmad Nazri menunjukkan batu nisan yang semakin tinggi.
KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.
Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Nanas berbentuk kipas tangan

Aziz menunjukkan nanas berbentuk kipas yang ditemui di halaman rumahnya.
BENUT – Seorang pemuda terkejut apabila nanas yang ditanam di halaman rumahnya di kampung Parit Kerimon, di sini berbentuk seakan-akan kipas tangan.
Aziz Wahad, 32, mula menyedari kewujudan nanas tersebut ketika pulang dari kerja petang kelmarin. Dia pada mulanya menyangka terdapat dua pokok nanas yang berbuah terlalu dekat, namun setelah didekati nyata sangkaannya itu meleset.

Kisah Hidup Mike Tyson Dipentas Teater

mike
Setelah tampil sebagai cameo menerusi filem, 'The Hangover', Mike Tyson ternyata mahu lebih aksi dalam lakonan. Bekas juara angkat berat ini bakal muncul dalam lakonan teater terbarunya, 'Mike Tyson: Undisputed Truth', di panggung terkenal, Longacre Theatre, New York, pada 31 Julai hingga 5 Ogos ini.

Menerusi pementasan teater itu, Mike akan memegang watak, Iron Mike Tyson, yang menceritakan perjalanan hidupnya sepanjang bergelar jaguh angkat berat.

"Ini adalah kisah benar mengenai diri saya. Saya akan menceritakan satupersatu mengenai kisah hidup saya dan juga sisi hitam saya selama ini.

"Segalanya akan terjawab di pentas itu nanti," katanya yang menggunakan khidmat sutradara, Spike Lee, menerusi teater itu.

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah