Operasi yang digelar 'Ops Noda' itu disertai anggota bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Serdang yang diketuai Inspektor Roslin Mohd Isak serta anggota dari Balai Polis Puchong Jaya yang diketuai Inspektor Hailmi Zil Azam Nordindi.
Roslin berkata dalam serbuan selama dua setengah jam bermula 11 malam itu, enam wanita warga Vietnam, empat warga China dan 10 warga Thailand berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan bersama 12 pelanggan warga tempatan.
"Serbuan ini dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan polis sejak awal bulan ini. Semua wanita terbabit ditahan dalam sebuah bilik dan mereka dipercayai menunggu pelanggan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.
"Siasatan mendapati wanita berkenaan juga melanggar syarat pas lawatan sosial dan dipercayai telah masuk ke negara ini lebih 10 kali," katanya.
Roslin berkata rumah urut itu, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 3 pagi, menyediakan khidmat mengurut dan menawarkan khidmat seks.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjurkan pelacuran dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah. -Bernama
No comments:
Post a Comment