Friday 6 September 2013

Fakta! Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar

Fakta! Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar  |  Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila ramai berkongsi imej simbol 4 jari R4BIA semenjak penyokong Dr Mursi ramai dibunuh oleh pihak tentera Mesir. Persoalannya, logo apakah ini? KisahBest.My juga maklum bahawa sekarang ramai pengguna di facebook dan twitter telah menukar Default Picture (DP) mereka kepada simbol 4 jari. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.

rabia
Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar.
Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA
Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.
Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera

Wednesday 4 September 2013

Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan

Di sini saya kongsikan maklumat tentang perkembangan bayi serta diri anda sepanjang tempoh kehamilan dan anda juga boleh saksikan video perkembangan janin di dalam rahim ibu untuk lebih memahami apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. 


Saman kekasih kerana sperma

 




NASIR bercakap kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya dan menuntut ganti rugi RM600,000 kerana didakwa mempergunakan dirinya bagi mendapatkan sperma supaya wanita itu memperolehi genetik orang Eropah yang dikatakan lebih berkualiti tinggi.
Plaintif yang juga pengarah komersial di syarikat tempatan, Ervin Ahbabovic, 41, memfailkan saman Jumaat lalu menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini.
Berdasarkan writ saman, Ervin yang telah mendapat status Penduduk Tetap menjalinkan hubungan dengan defendan, 29, sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.
Bagaimanapun, selepas melahirkan anak, defendan didakwa kerap mencari peluang untuk bergaduh malah plaintif menyedari keinginan seksualiti dan dominasi defendan melangkaui kadar biasa sehingga menjadi rutin harian yang terpaksa dipenuhi.


RON 92 mungkin kembali dijual

 

KERAJAAN mungkin memperkenal kembali petrol RON92 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.


Tuesday 3 September 2013

(Gambar) Abby Abadi Dikritik Kerana Berinai dan Bersanding

 

ohartis-gambar-persandingan-abby-abadi-1
Semalam berlangsungnya majlis rumah terbuka Aidilfitri dan meraikan pengantin baru iaitu Abby Abadi dan suami barunya, Farhan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Melihat daripada gambar yang dimuatnaik dari Abby Abadi mengundang kritikan orang ramai kerana dia dikatakan bersanding namun sebenarnya ia bukanlah majlis resepsi dan mereka hanya bersanding untuk bergambar kenangan bersama keluarga sahaja.
Malah bukan itu sahaja, Abby juga turut dikecam kerana melukis inai keatas tangannya yang dikatakan haram dan terikut-ikut dengan budaya Hindi, namun Abby dilihat menjelaskan isu inai tersebut menyatakan tiada nas mahupun dalil yang mengharamkan inai selagi ia dilukis berbentuk bunga atau tumbuh-tumbuhan malah ia sudah menjadi adat dikalangan masyarakat masa kini.
Abby Abadi dan Farhan kelihatan anggun dan segak sekali dengan busana pengantin berwarna turquoise. Pasangan mempelai ini bernikah 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadhan yang lalu.
Berikut beberapa keping gambar Abby Abadi dan Farhan yang dikongsikan bersama-sama peminatnya. Klik gambar untuk melihat saiz lebih besar.

Penyebaran Kelemahan Prop Filem Tanda Putera Hanya Sabotaj & Penipuan

 

ohartis poster tanda putera
Baru-baru ini heboh tersebar di internet tentang filem Tanda Putera kononnya terdapat banyak kesilapan seperti adanya aircond, Proton Iswara, smoke detector, cctv dan banyak lagi sedangkan scene filem itu adalah pada tahun 1960-an. Ianya dibuktikan dengan beberapa gambar yang dikatakan scene dari filem sebagai bukti kepada orang ramai. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
ohartis-tanda-putera-kantoi-1
OhArtis dah menonton filem ini sebanyak 2 kali. Pertamanya ketika tayangan media tempohari dan yang terbaru sekali lagi kami menonton di Midvalley bersama keluarga di hujung minggu. Kalau belum baca ulasan, boleh baca review yang dah disediakan sebelum ini. Cuma apa yang menghairankan, 2 kali kami tonton tu, tiada sekali pun kami perasan tentang kelemahan-kelamahan yang di hebahkan itu. Cuma sujujurnya, ada satu kelemahan yang jelas iaitu sebuah motor polis menggunakan nombor pendaftaran WSN XXXX yang sepatutnya tak wujud lagi ketika itu.
Tentang tuduhan yang dilemparkan, sekalipun memang tak pernah nampak. Jadi untuk mendapatkan penjelasan tentang hal ini, pihak penerbitannya telah bersuara untuk menafikan tuduhan semua kelemahan tersebut.
“Ada usaha untuk sengaja aniaya dan memboikot filem Tanda Putera secara berterusan. Mereka ambil gambar-gambar dari galeri kami untuk tunjukkan aircond, kereta, smoke detector, cctv dan sebagainya. Sebenarnya semua ini gambar rujukan/gambar still camera. Dalam filem alat2 ini & prop2 moden dah dibuang melalui kesan khas.
Jadi kalau ada yang mengaku dia dah tengok filem ini dan nampak kesilapan ini, mereka BOHONG. Sah-sah mereka belum menonton pun. Ianya sengaja dicipta untuk membuatkan penonton hilang minat untuk menonton filem ini.
Apapun nilailah sendiri bila dah tengok. Pendapat semua orang berbeza-beza. Ada yang suka dan tentulah ada yang tidak. Tapi janganlah sampai kata yang bukan-bukan.”
ohartis-tanda-putera-kantoi-2
Jadi inisiatif kami di OhArtis untuk meleraikan perkara ini diharapkan diambil kira oleh orang ramai agar tidak terus percaya dengan hebahan yang menuduh dengan sebarangan. Elakkan kita diperbodohkan dengan tipu-helah untuk sabotaj sesetengah filem. Kita sendiri ada mata, ada akal dan ada fikiran, kita sendiri boleh tonton dan nilaikan sendiri. Buat apa perlu dengar kata orang sedangkan jelas pandangan kita dan mereka sentiasa berbeza dalam pelbagai perkara. Apapun semuanya terletak di tangan anda

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah