LONDON - Peledak berbisa The Gunners, Robin van Persie (gambar) dilaporkan mahukan gaji berjumlah £10.1 juta (RM49.5 juta) setahun untuk dipenuhi mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.
Kehendak van Persie itu didedahkan sendiri oleh ejennya, Kees Vos ketika berjumpa dengan juara Serie A, Juven- tus baru-baru ini.Vos mendedahkan, penyerang kelahiran Belanda itu mahukan gaji berjumlah £195,000 (RM957,530) seminggu.
Jika ia menjadi kenyataan, van Persie merupakan antara pemain yang menerima gaji paling mahal di dunia.
Selain Juventus, turut memburu khidmat penyerang Arsenal itu ialah dua kelab gergasi England, Manchester City dan Manchester United.
Van Persie, 28, yang pernah meraih Anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali sebelum ini dilaporkan menolak tawaran gaji £130,000 (RM638,354) seminggu yang dikemuka- kan Arsenal.
Namun, City dan United dilaporkan tidak berdepan masalah memenuhi kehendak van Persie itu.
Ketika ini, City telah membayar Yaya Toure £225,000 (RM1.1 juta) seminggu, manakala Wayne Rooney pula menerima £200,000 (RM982,082) seminggu daripada United.
Dalam pada itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger tetap berharap supaya van Persie kekal di Emirates meskipun timbul spekulasi jersi no. 10 yang sebelum ini sinonim dengan penyerang Belanda itu dikhabarkan bakal diserahkan kepada Lukas Podolski musim depan.
Selain Podolski, Arsenal juga telah menandatangani penyerang baharu, Olivier Giroud selain memantau perkembangan penyerang Sepanyol, Fernando Llorente jika van Persie benar-benar berhasrat untuk berhijrah. - Agensi
No comments:
Post a Comment