HOCKENHEIM - Pemandu Ferrari, Fernando Alonso menjadi pemandu pertama merekodkan kejuaraan ketiga pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.
Kejayaan itu hadir selepas Alonso berjaya mengungguli saingan pada Grand Prix (GP) Jerman di Litar Hockenheim semalam.
Pada perlumbaan itu, Alonso membuktikan kehebatannya apabila mencatatkan masa terpantas 1 jam 31 minit 05.862 saat.
Sebelum ini, pemandu kelahiran Sepanyol itu cemerlang apabila melakar kejuaraan pada GP Malaysia pada Mac dan GP Eropah bulan lalu.
"Ia adalah suatu yang menakjubkan sekali lagi. Kita (Ferrari) perlu meraikan keja- yaan ini," kata Alonso.
Lebih manis, kejuaraan yang dilakar di Litar Hocken- heim itu turut menyaksikan dia mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori pemandu dengan mengumpul 154 mata.
Pemandu Red Bull, Mark Webber yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat kelapan menghuni tangga kedua dengan 120 mata diikuti rakan sepasukannya, Vettel (118 mata).
Pada perlumbaan semalam, tempat kedua menjadi milik Vettel diikuti pemandu McLaren, Jenson Button.
Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen terus gagal dalam usaha merekodkan kejuaraan pertama musim ini apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat, manakala Kamui Kobayashi dari Sauber kelima. - AFP
No comments:
Post a Comment