GOYAH...Pandelela (atas) dan Jun Hoong ketika acara 3m papan anjal seirama, kelmarin.
Mereka yang menjadi taruhan pingat di temasya ini bagaimanapun pantas mengaku usaha mereka itu tidak mudah terutama apabila mempunyai penyandang juara, Chen Ruolin-Wang Hao dalam kelompok penerjun elit yang beraksi.
“Apapun, saya percaya yang segala-galanya bukan mustahil. Jika apa yang dirancang dipraktikkan dengan maksimum, harapan mencatat sesuatu tetap ada. Dalam sukan apa saja boleh berlaku,” kata Pandelela.
Pandelela dan Mun Yee adalah antara lapan pasangan yang terus beraksi di pusingan akhir di Pusat Akuatik pada jam 10 malam waktu Malaysia.
Selain pasangan China, mereka juga akan berdepan gandingan dari Mexico, Kanada dan Australia.
“Jika boleh saya mahu rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian kami,” kata Pandelela. Jika berjaya melakukannya tanpa mengira warna pingat, mereka akan menjadi penyumbang pertama pingat selain daripada badminton.
Menurut Pandelela, dia sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan selepas acara 3m papan anjal seirama sewaktu bergandingan dengan Cheong Jun Hoong.
“Saya pasti gandingan saya dengan Mun Yee boleh menghasilkan sesuatu yang positif,’ katanya yang pernah memenangi perak di Siri Dunia di Beijing pada 2011 dan gangsa Kejohanan Dunia pada 2009 di Rome.
“Tapi, saya rasa gandingan saya dengan Mun Yee mampu mengatasi kekecewaan itu,’ katanya.
No comments:
Post a Comment