Monday, 16 July 2012

Pembunuhan besar-besaran di Treimsa oleh Regim Bashar

Pada hari Khamis (12/7/2012) yang lalu, satu lagi pembunuhan dan penyembelihan secara besar-besaran dilakukan oleh regim Basyar dan sekutunya setelah melakukan beberapa operasi penyembelihan Sunni secara besar-besaran sebelum ini. Kali ini tentera regim membunuh dan menyembelih lebih 250 masyarakat Sunni di Masjid Turaimisah, wilayah Hamah.
Para saksi penyembelihan di Turaimisah melaporkan bahawa jumlah yang gugur syahid lebih besar di rumah-rumah dan ladang-ladang pertanian masyarakat awam sekitar kota tersebut.
Masyarakat Sunni Turaimisah yang berjaya menyelamatkan diri daripada tindakan ganas tersebut masih terus mencari dan mengumpulkan syuhada’-syuhada’ yang bergelimpangan di jalanan, perumahan, dan ladang-ladang pertanian.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah