Jurulatih Malaysia K. Rajagopal puas hati dengan
persembahan pasukannya walaupun selepas mereka kalah 2-1 di persahabatan
menentang Arsenal malam semalam.
Harimau Malaya memberikan
persembahan yang baik dan juga berjaya mendahului perlawanan sebelum
masa rehat apabila Azmi Muslim merembat bola masuk dari luar kotak
penalti.Walaubagaimanapun, Thomas Eisfeld menyamakan kedudukan untuk Arsenal pada minit ke-85 sebelum Chucks Aneke menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir perlawanan.
Tetapi Rajagopal menegaskan terdapat beberapa perkara positif yang dapat diambil daripada perlawanan semalam, terutama sekali memandangkan mereka dibelasah Arsenal 4-0 musim panas lalu.
"Secara keseluruhan, saya gembira dengan persembahan kami," beliau memberitahu ESPNSTAR.com.
"Kami tidak memulakan perlawanan dengan baik dan sering kehilangan kawalan bola. Kami tahu gaya permainan Arsenal.
"Sedikit demi sedikit, keyakinan kami semakin meningkat dan para pemain saya mula bermain dengan lebih baik dan serangan balas kami memberikan beberapa masalah untuk Arsenal.
"Saya rasa ia satu peningkatan untuk kami. Saya telah janji Wenger kali ini ia lebih sukar dan saya rasa para peminat dapat menikmati perlawanan ini."
Rajagopal memberikan beberapa pemain baru peluang untuk bermain menentang salah satu pasukan paling hebat di dunia, termasuk Gary Robbat, Mahali Jasuli, Baddrol Bakhtiar dan Rozaimi Abdul Rahman.
Dan walaupun beliau mengakui keputusannya untuk menukar beberapa pemain di separuh masa kedua mungkin telah menyebabkan mereka kalah, beliau menegaskan peningkatan para pemain mudanya adalah lebih penting.
"Kami tahu di separuh masa kedua mereka akan menghantar ramai pemain baru dan mereka akan lebih segar," Rajagopal menambah.
"Kami dapat lihat mereka akan menyerang kami dan apabila saya membuat penukaran, corak permainan dan keyakinan kami terjejas sedikit dan kami dibolos dua kali.
"Sudah tentu mana-mana jurulatih akan kecewa dibolos di saat penting perlawanan apabila kami sepatutnya menang atau sekurang-kurangnya seri.
"Tetapi saya gembira dengan para pemain dan dengan peningakatan mereka. Saya mempunyai skuad yang mudah, saya percaya dengan skuad ini dan saya berharap kami sedang gerak ke arah yang betul."
Beliau juga mendedahkan beliau telah berbual dengan Wenger sebelum perlawanan itu dan menerangkan kepadanya bahawa mereka kongsi falsafah yang sama dalam bola sepak.
"Beliau (Wenger) datang untuk jumpa saya dan kami telah berbual dan saya memberitahunya kami mempunyai falsafah yang sama - membina pasukan yang muda," Rajagopal berkata. "Beliau juga telah tanya saya tentang beberapa pemain kami.
No comments:
Post a Comment