Saturday 8 March 2014

Pesawat MH370 terhempas di laut Vietnam

HANOI 8 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.
``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat,’’ kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi Tre.
Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.
Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS


Friday 7 March 2014

Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan


Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan
KUALA LUMPUR: Tentera lautVietnammengesahkan pesawatMalaysia Airlinespenerbangan MH370 yang dilaporkanhilangdalam penerbangan dari KualaLumpurke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246kilometerke selatan PulauPhu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera lautChinatelah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporaninisekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di WilayahNanningdi selatan China.

Agensi beritaXinhuasebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Pesawat MH370 hilang di sempadan Vietnam

SEPANG: Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dipercayai hilang di sempadan Veitnam ketika dalam perjalanan ke Beijing , kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.
MAS nafikan pesawatnya yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing mendarat cemas di Nanming,China tetapi sudah menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan untuk pengesahan lanjut. 

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi tadi ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi tadi.
Foto

Pesawat Hilang: MAS Hubungi Ahli Keluarga Penumpang, Dedah Nama Krew

Pada masa ini Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal pagi hari ini.
“Kami mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal selamat” – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6.30 pagi tadi namun pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 2.40 pagi.
Pesawat MH270 membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri dari warganegara 13 buah negara.
Ahli keluarga penumpang yang terlibat diminta untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan maklumat terkini.
Berikut adalah senarai nama anak kapal dalam pesawat MH370 tersebut:

Pesawat Hilang: Hentikan Spekulasi, Pesawat MAS Tidak Mendarat Di Naning

Spekulasi mendakwa pesawat MH370 mendarat di Naning, Selatan China adalah tidak benar. Agensi Penerbangan China menafikan pekara ini berikutan tiada tanda pesawat MAS MH370 muncul di radar mereka.
Pesawat MAS MH370 dikatakan hilang di kawasan Vietnam dan sehingga kini masih belum dalam dikesan.
Pesawat Boeing 777 adalah pesawat canggih yang digunakan MAS sejak tahun 2000. Pesawat berkenaan dilengkapi dengan auto pilot. MAS mula beroperasi semenjak tahun 1937.
MAS meminta semua pihak bersabar dan hentikan sebarang spekulasi mengenai pesawat MAS MH370.
Warga Twitter juga hangat membualkan kes kehilangan pesawat MAS terbabit. Hashtag #MH370 dan #PrayforMH370 juga terus menjadi trending serta merta. Ramai yang berharap agar semua penumpang dan anak-anak kapal pesawat berkenaan selamat mendarat.

Assalamualaikum momies semua...mai ..mai..cepat

Assalamualaikum momies semua...mai ..mai..cepat
Promosi..beli set ni..jimat rm6.
Harga sebenar rm 83.70
after Diskaun rm77.70
Berminat sila pm saya...0199374884

1) krim herbasuci dalana - merawat lenguh2 otot , batuk asma, gigitan serangga - harga RM39.90
2) beby soap Lavenda - merawat beby eczema, kulit kepala berkerak, dan ruam - RM13.90
3)krim herba beby - merawat kembung perut , selsema batuk dan berkahak khas untuk beby- RM39.90
Insyallah ..

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah