Aksi cemerlang skuad negara ketika kalah tipis 1-2 di tangan Arsenal Selasa lalu gagal diulangi, sebaliknya hanya bangkit pada baki lima minit terakhir untuk merapatkan jurang selepas ketinggalan tiga gol.
Namun hanya percubaan minit ke-18 oleh Aguero yang secara solo memperdaya empat pertahanan berjaya menembusi gawang yang dikawal Farizal Marlias untuk gol pertama skuad kendalian Roberto Mancini.
Selepas rehat, Tevez tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan City dan memperoleh gol kedua pasukannya hasil larian solo minit ke-47 yang menyaksikan penyerang Argentina itu mudah menewaskan Farizal.
Permainan kurang bermaya skuad negara menyaksikan City sekali lagi menggegar gawang (m-52), kali ini menerusi Adam Johnson yang menerima umpanan cantik dari Aguero.
Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88.
No comments:
Post a Comment