Wednesday, 25 July 2012

Piala Java ditunda ke Ogos

PT Liga Prima Indonesia Sportindo (PT LPIS) secara rasmi telah menunda Piala Java 2012 ke pertengahan bulan Ogos.

Piala Java yang dijadualkan berlangsung esok, 26 Julai, terpaksa ditunda selepas Galatasaray dan Everton menarik diri dari menyertai kejohanan ini di saat akhir.
"Setelah kami bermesyuarat pagi tadi, kami telah memutuskan untuk menunda Piala Java ke pertengahan bulan depan (Ogos). Tarikhnya akan kami umumkan nanti," kata CEO PT LPIS, Widjajanto di Jakarta hari ini.
Pihak penganjur masih lagi akan kekalkan format empat pasukan dalam Piala Java ini dimana Indonesia dan Malaysia kekal dan dua lagi pasukan akan ditentukan nanti.
"Kami akan mendapatkan kelab-kelab lain yang tidak terlibat dalam apa-apa pertandingan lain pada bulan depan," katanya lagi.
Sementara itu ejen perlawanana, Patrick Myaba yang menguruskan Piala Java turut menyatakan bahawa mereka akan menyaman Everton dan Galatasaray kerana menarik diri di saat akhir dan melanggar kontrak.
Everton semalam mengumumkan di laman web rasminya tentang pembatalan penyertaan mereka dalam Piala Java mengatakan bahawa masalah sekuriti, struktur dan hal pembayaran menyebabkan mereka menarik diri.
Namun, pihak penganjur menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa segala pembayaran telah dibuat dan pembayaran dituruti.
Perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia U23 kini sedang diaturkan dan kemungkinan akan diadakan pada 27 Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah