Gambar hiasan: Carilah isteri yang beriman dan sejuk mata memandang. Kalau dapat yang cantik tu bonus.
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu
boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan
kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan
menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia
tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.
Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan
yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan
sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.
Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan
tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi
apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami
yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.
Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.
Agungnya cinta saya padanya namun kerana
kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami
ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati
saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga,
sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.
Namun, sebagai seorang isteri
yang baik, saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk
mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka
beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari
sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga
selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.
Dua tahun lalu, saya menyambung
pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya
tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar,
dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.
Saya cukup terharu dengan suami tapi
bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada
perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak
beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita.
Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan
cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya.
Entahlah, saya pun tak faham.
Orang kampung juga suka menghasut.
Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam,
saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.
Kali pertama jumpa, saya nampak dia
matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami.
Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar
bahagia dengannya.
Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu
dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat
soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk
berpisah dengannya.
Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami,
saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami
terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata,
akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.
Sekali lagi dengan linangan air mata,
saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk
kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu
menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah
dengannya.
Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang
kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka
menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga pula masih
buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus
hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami
lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.
Saya jalani perasaan ini dengan
penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak
didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya
mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati masih sayang dan kami sama-sama
gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri
harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan
kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan
darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan.
Kini baru saya sedar, dia bukan
lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya
hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga
saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.
Ketika ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Kini saya benar-benar menyesal.
No comments:
Post a Comment