Seorang saintis dari
Perancis yang dahulunya dikenali sebagai Dr. Bucaille beriya-iya mahu
membuat kajian terhadap jasad Firaun yang kini masih terpelihara.
Kajiannya itu meliputi dari semua aspek termasuklah kajian al-Quran.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan
Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun,
Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman
Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar
Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada
kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu
diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan
mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila
Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika
mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya
diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal
diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah
dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal,
Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920.
Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja
dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk
Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu
kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah
seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab
kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad
mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana
jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu
beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan
baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah
pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan
tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya;
Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu,
Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix
Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise
dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine,
Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr.
Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya
membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui
kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal
canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan
bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai
oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan
kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana
perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru
sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di
tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas
memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr.
Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan
kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun
lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang
cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui
hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku
sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang
di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat
mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan
dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan
yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat
menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut
kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya
kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa,
kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar
Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah
seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah
tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami
selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr.
Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat
itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta
dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran
dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara
yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya
beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia
dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun
1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang
kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya
membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains
sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara
kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil
terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di
dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula
jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau
memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam
All
No comments:
Post a Comment