Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun
itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak
kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah
hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya,
Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar
dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk
ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam. Menurutnya, kematian lelaki
itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari
kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu
panik.
“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.
“Akibat panik dengan keadaan teman
lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel
sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada
pemberita di sini, semalam.
Noor Hashim berkata, siasatan awal di
bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat
dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut,
namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Saya menasihatkan orang ramai terutama
lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di
pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang
maut,” katanya.
No comments:
Post a Comment