Turutan Gambar Detik Cemas Pemuda Dihanyut Banjir di Terengganu
DIBAWA
ARUS… Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27,
yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris
dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di
Kampung Tasik di sini, hari ini.
Beliau yang bertekad meredah banjir
untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus
deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Banjir yang melanda Terengganu sejak
Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada
2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.
– Bernama
No comments:
Post a Comment