Wednesday, 28 November 2012

Suspek samun, rogol diburu


IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu.


KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.
Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.
“Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.
Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.

Misi Malaysia masih belum selesai [malaysia 4-1 Laos

SUKAN

DARI kiri, Safiq, Safee, Wan Zack dan Khyril masing-masing menyumbang satu gol buat Malaysia ketika menentang Laos pada Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 4-1.


MISI skuad Harimau Malaya masih belum selesai biarpun slot ke separuh akhir kembali terbuka sebaik anak-anak buah Datuk K. Rajagobal membelasah Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Sedar atau tidak, kepantasan jentera serangan Laos yang diterajui Keoviengpheth Lithideth, Soukaphone Vongchiengkham dan Khampheng Sayavutthi ketika melakukan serangan kilat malam tadi juga sering kali 'melemaskan' benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohamad Fadhli Shas.
Jika aksi kurang meyakinkan itu ditunjukkan Harimau Malaya ketika berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sabtu ini, tidak mustahil 'malapetaka' bakal menanti mereka.
Ini kerana Sang Garuda dilihat memiliki pemain yang jauh lebih pantas seperti Andik Vermansyah dan Oktavianos Maniani seperti mana yang dibuktikan mereka ketika mengejutkan Singapura 1-0 dalam satu lagi aksi kumpulan semalam.
Analisisnya mudah. Harimau Malaya dilihat mudah kehilangan fokus apabila terlalu ghairah menyerang selain mempamerkan persembahan yang 'tidak masuk akal' apabila gagal memecah kebuntuan mahupun ketinggalan.
Pada masa sama, ketumpulan penggempur yang diterajui Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama juga cukup meresahkan biarpun pertahanan Laos dilihat tidak sehebat mana sebenarnya.
Pada aksi malam tadi, Rajagobal akhirnya 'mendengar kata' para pengkritiknya apabila melakukan sedikit rombakan termasuk mengetepikan bakal 'Raja Sehari', Khairul Fahmi Che Mat yang digantikan Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Mahalli Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd. Shakir Shaari juga tersenarai dalam kesebelasan utama.
Percaturan itu pada mulanya dilihat berhasil apabila Harimau Malaya berjaya mempamerkan gerakan yang jauh lebih tersusun berbanding semasa 'dikerjakan' Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan Ahad lalu.
Harimau Malaya terlebih dulu di depan menerusi sepakan percuma kapten, Safiq Rahim yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Laos, Sengpachan Bounthisanh pada minit ke-15.
Namun, 'penyakit lama' Harimau Malaya kembali berulang apabila kesilapan Safiq melakukan hantaran lemah berjaya disambar Khampheng yang kemudiannya melorongkan bola kepada Khonesavanh Sysomvang sebelum rembatan pemain itu terkena kaki Aidil dan melepasi jangkauan Farizal untuk jaringan penyamaan Laos pada minit ke-38.
Mujurlah keadaan berjaya dikawal semula oleh anak-anak buah Rajagobal sebaik babak kedua bersambung apabila Safee yang sebelum itu dicemuh 20,000 penyokong tempatan, tenang menyempurnakan hantaran Wan Zack pada minit ke-66 untuk gol kedua Harimau Malaya.
Gol itu ternyata menyuntik kembali semangat Harimau Malaya yang memperoleh gol ketiga menerusi Wan Zack pada minit ke-75 sebelum pemain gantian, Khyril Muhymeen Zambri melengkapkan derita Laos menerusi gol keempat empat minit kemudian.
Dengan keputusan itu, Malaysia kini berada di tempat ketiga kumpulan apabila berkongsi tiga mata dengan Singapura, namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.
Tatkala Singapura dilihat tidak berdepan masalah membenam cabaran Laos pada aksi terakhir kumpulan Sabtu ini, Malaysia sewajarnya sedar hanya kemenangan ke atas Indonesia sahaja yang mampu memastikan peluang mara ke separuh akhir sebelum boleh 'berkira-kira' sama ada mampu mempertahankan kejuaraan ataupun tidak kali ini.

Sunday, 18 November 2012

Boateng sah milik T-Team




BUTLER (kanan) dan Boateng menunjukkan kontrak yang mereka
tandatangani dengan T-Team di Kuala Terengganu semalam.


BEKAS pemain tengah Belanda, George Boateng berazam mahu menempa nama bersama skuad T-Team apabila menandatangani kontrak dengan pasukan berstatus kelab itu semalam.
Boateng, 37, yang pernah menempa nama dalam Liga Perdana England dengan pasukan Middlesbrough dan Aston Villa menegaskan, kehadirannya dalam skuad T-Team bukan sekadar mahu melancong atau menerima habuan pada penghujung kerjaya tetapi ingin membantu skuad kendalian Peter James Butler itu mencatat kemenangan.
"Saya terus bermain kerana saya mencintai bola sepak," ujarnya selepas menandatangani kontrak di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
Katanya, dia tetap Boateng yang dulu yang pernah mewakili pasukan Belanda dan pernah memegang rekod sebagai pemain luar yang paling banyak beraksi dalam Liga Perdana England iaitu 385 kali.
Boateng menjelaskan, meskipun terdapat banyak pilihan, dia lebih tertarik menyertai T-Team kerana kelab itu diuruskan dengan baik dan akan berada bawah kendalian jurulatih Butler.
"Memiliki Butler di sini adalah penting kerana beliau tahu bagaimana saya bermain dan bagaimana sepatutnya bola sepak dimainkan. Saya dan pemain lain dalam pasukan akan berusaha untuk menjadikan kelab ini hebat.
"Meskipun corak permainan di sini mungkin agak perlahan tetapi ia akan tetap menjadi cabaran kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai Johor FC akan menurunkan penyerang Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero, Boateng menjelaskan:
"Saya telah bermain bersama para pemain terbaik dunia, jadi saya sentiasa sedia berdepan dengan cabaran. Saya akan tunjukkan apa yang saya mampu lakukan."

Saturday, 17 November 2012

Kekeliruan Ummat Islam Tentang Masjid Al-Aqsa


Bismillaa Hirrohma Nirrohim
 
Al Isra`:1

  Masjid Al-Aqsa adalah Masjid Suci yg ke-3 utk ummat Islam selepas Masjidil Haram di Mekkah & Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah. Ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al-Aqsa mula-mula dibina oleh Nabi Adam as. Nabi Ibrahim as membina semula Masjid Al Aqsa di Jerusalem kerana dia dan Ismail membina semula Kaabah di Makkah. Nabi Daud as memulakan pembinaan semula Masjid Al Aqsa. Nabi Sulaiman as adalah nabi terakhir yang menyelesaikan binaan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa yg dibina oleh Nabi Sulaiman as telah dimusnahkan pada tahun 587SM oleh Nebukadnezar Raja Babylon.

Kubah Al-Sakhrah

Orang2 Yahudi memanggil Masjid Al-Aqsa ini dengan nama yg sama yg dibina oleh Nabi Sulaiman as sebagai Bait (rumah) mereka. Orang2 Yahudi membina semula Kuil mereka di laman yg sama pada 167 SM, tetapi telah dimusnahkan pada tahun 70 Masihi dan Yahudi dihalau dari Jerusalem. Tapak Masjid Al-Aqsa terus dibiarkan dan telah digunakan sebagai tempat pembuangan sampah (Nau`zubillah) selama hampir 600 tahun sehingga Khalifah Agung Umar bin Khattab membebaskan Jerusalem pada 637M. Khalifah Umar bin Khattab membina Masjid Al-Aqsa yg mana pada permulaan binaannya adalah berasaskan kayu. Khalifah Umayyah (Abd Malik Bin Marwan) 72/73 H telah memulakan pembinaan Kubah Batu.(Dome of the Rock). Ianya hanyalah kubah batu dan bukannya Masjid Al-Aqsa yg telah kita ketahui & apa yg media masa telah war2kan selama ini.

Nama Lain Bagi Kubah Emas Adalah
(Kubah Al-Sakhrah & Dome of the Rock)

Gambaran Keseluruhan Kawasan Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa Adalah Berkubah Hitam Kecil Yg Diperbaharui Binaannya Oleh Khalifah Malik Bin Marwan

Kawasan Haram Al Aqsa adalah didalam Masjid Al-Aqsa (Masjid berkubah Hitam) dan Kubah Batu (Masjid berkubah Emas). Israel telah menduduki Masjid Al Aqsa pada tahun 1967. Orang2 Yahudi telah membuat 100 percubaan untuk memusnahkan Al-Aqsa sejak tahun 1967 ketika mereka mendudukinya. Satu kebakaran pada tahun 1967 bermula dengan membantu mereka memusnahkan Mimbar 900 tahun dipasang oleh Salahuddin Al-Ayubi, Wira Besar Islam. Mereka mahu meletupkannya dan menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan menggantikannya dengan Kuil Yahudi. Lihat sedutan di bawah:-
Konspirasi Masjid Al-Aqsa

Saturday, 3 November 2012

Van Persie tambah derita Arsenal


VAN PERSIE (kiri) menjadi dalang di sebalik kekalahan 1-2 Arsenal kepada United di Old Trafford malam tadi.


LONDON - Robin van Persie meledakkan satu gol untuk membantu Manchester United menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam tadi.
Penyerang antarabangsa Belanda itu mengambil masa tiga minit untuk meletakkan United di depan sebelum Patrice Evra menambah gol kedua pada minit ke-67.
Gol sagu hati skuad The Gunners hadir menerusi pemain tengah, Santi Cazorla pada masa kecederaan.
Van Persie, 29, yang menentang Arsenal buat pertama kalinya sejak melengkapkan perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta) ke United, Ogos lalu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.
Dia menyumbat masuk gol pendahuluan United selepas pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen gagal menghalang hantaran lintang Rafael.
Jaringan van Persie itu adalah yang ke-10 sepanjang 13 penampilan.
"Satu hari yang istimewa. Ini adalah satu perlawanan yang pantas," kata van Persie yang tidak meraikan kejayaannya menjaringkan gol itu.
"Saya bertanya kepada diri sendiri kenapa saya tidak meraikan kejayaan itu?
"Saya bermain selama lapan tahun bersama Arsenal dan ia adalah detik yang terindah. Saya perlu menghormati para penyokong, pengurus dan kelab."
United hampir menggandakan jaringan tetapi sepakan penalti penyerang England, Wayne Rooney gagal menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.
Kemenangan itu turut membolehkan skuad The Reds merampas kedudukan teratas liga daripada Chelsea selepas mengumpul 24 mata, sembilan mata di depan Arsenal yang menghuni tangga keenam.
Arsenal yang mencatat kekalahan ketiga daripada lima perlawanan terakhir terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jack Wilshere diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-69.
Wilshere yang membuat penampilan kedua selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, dilayangkan kad merah setelah mengasari Evra.

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah