Friday 19 October 2012

Terengganu pilih Elavarasan



ELAVARASAN (kiri) bersalaman dengan Che Mat selepas perjumpaan di Kuala Terengganu semalam.


SIAPA ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak Terengganu akhirnya terjawab apabila E. Elavarasan diumumkan untuk menggalas tugas itu selepas kontraknya bersama Felda United tamat 30 November depan.
Biarpun skuad Penyu melalui tempoh sukar musim ini dengan pelbagai kontroversi termasuk penyingkiran khidmat dua jurulatihnya iaitu Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, namun ia tidak menggentarkan jurulatih kelahiran Klang, Selangor itu untuk menyahut cabaran.
Malah, bekas pemain Selangor itu menganggap tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti sebagai satu cabaran dalam kariernya yang sebelum ini tidak berpeluang membimbing pasukan yang mempunyai nama besar.
"Ini adalah cabaran baharu untuk saya tetapi kita kena berusaha bagi mencapai prestasi seperti yang diharapkan," katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri mesyuarat bersama pengurusan pasukan Terengganu yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan pengurus pasukan, Marzuki Sulung.
Menurut Elavarasan, beberapa pemain bimbingannya musim ini menunjukkan minat untuk mengikut jejak langkahnya bersama Terengganu, namun ia terpulang pada rundingan termasuk melibatkan pemain import pasukan itu.
Sementara itu, mengenai sikap penyokong Terengganu, beliau mahukan semua orang berusaha dan bersabar jika mahu memperoleh kejayaan dan ia tidak mustahil kerana pasukan Terengganu memang satu pasukan yang bagus.
Dalam pada itu, Che Mat memberitahu, Elavarasan dipilih berdasarkan rekodnya yang meyakinkan pihak PBSNT kerana sebelum ini jurulatih itu berjaya membawa Felda United yang dibimbing sejak tahun 2010 sebagai satu pasukan yang disegani.
"Kita yakin Ela (Elavarasan) dapat membimbing Terengganu dengan baik," katanya.
Sementara itu, jelasnya, isu mengenai bekas ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, Che Mat menjelaskan, masalah dengan Mat Zan sudah diselesaikan cara baik manakala mengenai Peter Butler, beliau hanya memberitahu, semua masalah akan menemui jalan penyelesaiannya.
 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah