Monday, 3 September 2012

T-Team bakal dibubar jika prestasi hambar

 

SKUAD T-Team mungkin dibubarkan musim depan jika skuad kendalian Yunus Alif itu menunjukkan prestasi hambar dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika T-Team gagal menyerlah, ia sesuatu yang merugikan kerana pasukan berstatus kelab itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Sehingga kini, kita sudah melabur banyak untuk T-Team tetapi pasukan itu tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian memberangsangkan.
"Oleh itu, kemungkinan T-Team tidak akan ada lagi pada tahun depan jika pasukan itu berterusan kalah dalam kempen Piala Malaysia musim ini," kata Ahmad.
Dalam perkembangan lain, Ahmad tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada pengendali Terengganu, Peter James Butler.
Beliau percaya, jurulatih dari England itu mampu membawa perubahan serta nafas baharu walaupun Terengganu kini sedang menghadapi masalah.
Mengenai kedudukan Ahmad Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad berkata, penjaga gol Terengganu itu mungkin tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin.
"Saya pasti Butler mempunyai alasan tertentu berbuat demikian dan sebagai pemain, Sharbinee dan kesemua pemain skuad Terengganu perlu berdisiplin dan berintegriti tinggi bukannya melakukan perkara memalukan," katanya.
Ahmad turut memberi amaran untuk mencari pemain baharu bagi menggantikan pemain sedia ada jika mereka tidak mengubah sikap.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah