DERAS...pemain Terengganu, Ashaari Shamsuddin (kiri) melepaskan rembatan kencang membolosi penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias pada perlawanan kelmarin.
Sharbinee berkata, lebih memalukannya apabila jurulatih berasal dari England itu mengekorinya hingga berhampiran pintu masuk pemain sambil menuding jari ke arahnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum diredakan jurulatih penjaga gol, Zuber Ibrahim.
Tambah penjaga gol itu, dia tidak kisah dimarahi jurulatih itu kerana melakukan kesilapan menolak bola masuk ke gawangnya sendiri tapi jurulatih itu perlulah memilih tempat yang sesuai seperti dalam bilik persalinan dan bukannya di padang.
“Sebagai jurulatih berpengalaman, tindakan Butler itu jelas tidak profesional dan tidak sepatutnya dilakukan biarpun saya dapati dia begitu kecewa dengan kesilapan yang saya lakukan,” katanya yang mengakui kesilapan itu kerana pada ketika angin agak kuat.
Penjaga gol berusia 25 tahun itu berkata, berikutan kesilapannya itu, dia memohon maaf kepada semua pemain termasuk kira-kira 15,000 penonton yang hadir dan bertekad akan memperagakan aksi terbaik jika masih diturunkan.
“Sebagai pemain, kesilapan sebegitu bukan kita mahu, tapi dalam sesuatu permainan, apapun boleh berlaku seperti yang terjadi malam semalam, namun saya harap peminat tidak menghukum saya sebaliknya terus memberi sokongan terutama dalam misi Terengganu melayakkan diri ke suku akhir,” katanya.
Selepas penjaga gol kebangsaan itu dikeluarkan, Butler yang dilihat hilang sabar dengan kesilapan mudah yang dilakukan pemain itu terus menghampiri dan menghambur kata-kata kesat sambil menuding jari ke arah pemain itu sebelum diredakan Zuber.
No comments:
Post a Comment