Sebanyak 74
orang mati manakala beribu lagi cedera dalam tragedi berdarah yang
terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir apabila penyokong merusuh dan
mengamuk.
Tragedi Berdarah Bola Sepak Port Said Mesir – 74 Mati Beribu Cedera (8 Gambar) | Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.
Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan
tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang
stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu. Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat bola sepak daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.
Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan
tersebut. “Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang
melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang,” katanya kepada sebuah stesen
televisyen Mesir.
Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan. Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu. Di bawah merupakan video dan 8 gambar yang diambil ketika tragedi berdarah bola sepak itu berlangsung. Seperti perang di dalam stadium.
No comments:
Post a Comment