Gempar! Hantu Kak Limah Betul Mengganas Di Marang | Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara. Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita pelik tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering
menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah,
kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah
seorang ahli keluarga terbabit. Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang
tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di
rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga. “Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita pelik
berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum
menghilangkan diri. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang
melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin)
saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian
menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan
lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22. “Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri wanita pelik itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu. Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita pelik
misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan
sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding
kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun
tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi
gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat
Sementara itu,pihak akhbar turut menemui
beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu
kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka. Manakala, imam
Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu
mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi
mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk
setempat.
Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit
berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir
lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani
gangguan tersebut. Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
Melayukini.net –
Jin dan syaitan tu adalah makhluk ghaib yang wujud. Seperti juga
kewujudan syurga dan neraka, malaikat dan hari akhirat. Sebagai seorang
Islam, ini adalah rukun iman yang wajib kita percaya. Tetapi ingatlah,
tiada satu pun yang boleh memudaratkan kita kecuali hanya dengan izin
Allah. Semoga kita tidak terlalu taksub dengan hantu-hantu ni.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment