Monday 20 August 2012

Abdul Manaf Mamat ...

PENYERANG berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat bertekad menebus kekecewaan dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirai esok.
Menurut anak jati Kuala Terengganu itu, semangatnya memburu Piala Malaysia semakin membuak-buak selepas pasukan Penyu gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA dan menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super.

Katanya, kegagalan itu memberi semangat dan nafas baru bukan saja kepada dirinya malah semua pemain untuk memburu piala berprestij itu.
“Secara jujur saya harap berjaya mendakap dan membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu selepas 11 tahun kemarau menjulang piala itu.

“Tahun lalu saya pernah merasai nikmat menjulang Piala FA dan kini saya harap mengulanginya pada Piala Malaysia selepas kami gagal dalam saingan Liga Super dan Piala FA,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun berkata, ia bukan satu tugas mudah kerana Terengganu diundi dalam kumpulan B bersama Kelantan, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Laluan kami dalam saingan Piala Malaysia sukar kerana berdepan juara Piala FA dan Liga Super (Kelantan) pada aksi pembuka tirai. Namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat pemain Terengganu,” katanya.

Malah, Manaf serta rakan sepasukan yakin mampu membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia dengan bimbingan ketua jurulatih Peter Butler.
Pemain kebangsaan itu juga optimis Terengganu mampu mengulangi kejayaan lalu walaupun tanpa khidmat pemain pinjaman sebaliknya mengekalkan pemain sedia ada serta pemain pelapis daripada skuad Piala Presiden.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah