Sunday, 15 July 2012

Sukma: Terengganu juara sepak takraw kali ke-2

Sukma
Sukma 2012
SKUAD sepak takraw Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila menumpaskan
Wilayah Persekutuan 2-0 dalam acara berpasukan lelaki di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), semalam.
Pada perlawanan akhir itu, Terengganu menguasai saingan apabila regu A mereka menewaskan regu A Wilayah Persekutuan 15-11, 15-4.
Terengganu meraih mata kemenangan menerusi regu B yang menundukkan regu B Wilayah Persekutuan 17-16, 15-13.
Pingat gangsa acara itu milik pasukan Kelantan dan Pulau Pinang.
Dalam kategori wanita berpasukan, Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas setelah menewaskan Sarawak 2-1.
Bagaimanapun, Sarawak terlebih dahulu berada di depan apabila regu A mereka menewaskan regu A Pulau Pinang 15-12, 15-12.
Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan menerusi regu B mereka yang menundukkan regu B Sarawak 15-2, 15-8.
Aksi penentuan ternyata berpihak kepada skuad Pulau Pinang menerusi regu C mereka yang menewaskan Sarawak 15-12, 15-9.
Wilayah Persekutuan dan Kedah meraih gangsa dalam acara tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah