Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri
Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya
hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati,
kira-kira jam 10.30 pagi ini.
Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini
kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada
22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.
Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui
kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing
mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.
Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima
beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda
Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis pernikahan kedua-dua pasangan
berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di
Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.
Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.
No comments:
Post a Comment