Pelakon Anzalna Nasir akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa atas kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap pelakon itu menerusi sisipan sebuah akhbar pada 10 Jun lalu.
Anzalna, 24, mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan sambil menegaskan niatnya untuk tidak mengaibkan sesiapa.
Kenyataan maaf secara terbuka itu dibacakan dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara dengan disaksikan oleh Neelofa, Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.
Butiran lanjut mengenai syarat-syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan enggan didedahkan atas alasan sulit dan peribadi. -MH
No comments:
Post a Comment