Donita mengakui mempunyai kelebihan itu ketika sesi penggambaran di sebuah kawasan kubur.
“Saya boleh melihat makhluk halus sejak kecil lagi. Namun saya rasa, kelebihan itu mengganggu kerana saya tidak pandai memanfaatkannya dengan baik.
“Saya memang penakut. Sudah banyak kali saya lihat makhluk itu ketika beberapa penggambaran.
“Sewaktu penggambaran di kubur, saya sudah nasihatkan pihak produksi untuk berhenti apabila jam 7 malam. Namun, mereka tidak hiraukan nasihat saya. Akhirnya, semua diganggu makhluk itu,” kata pelakon drama, Cinta Fitri ini.
No comments:
Post a Comment