Dalam laman web FIFA, Blatter berkata, "saya tahu mengenai bayaran tersebut, namun ketika itu saya tidak boleh berbuat sesuatu kerana mereka telah di bawah undang-undang."
"Bagi saya, bayaran itu boleh ditolak oleh mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku. Jadi apa yang jelas, mereka akan dihukum oleh undang-undang nanti," kata Blatter sambil berharap apa yang berlaku itu akan memberi pengajaran kepada semua orang.
Tambah Blatter, "saya tidak mahu apa yang berlaku masa lalu tidak dinilai berdasarkan piawaian hari ini."
"Ini kerana, ia akan berakhir dengan keadilan moral.
"Apa-apa pun saya tidak dapat menjangkakan kes ini boleh berlaku," jelas Blatter.
Kelmarin, bekas Presiden Fifa, Joao Havelange dan ketua bola sepak Brazil, Ricardo Teixeira menerima lebih RM45 juta daripada belas rakan pemasaran rasmi bagi Fifa dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), International Sport and Leisure (ISL).
Havelange yang berusia 96 tahun menerima sekurang-kurangnya 1.5 juta Swiss franc (AS$1.53 juta atau RM4.5 juta) manakala Teixeira, bekas menantunya, dibayar sekurang-kurangnya 12.4 juta Swiss franc (AS$12.64 juta atau RM40.3 juta).
No comments:
Post a Comment