Wednesday, 11 July 2012

Amukan di Kompleks B, Bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya

Berikut adalah video kes amukan di JPM Putrajaya dimana suspek bersenjatakan pedang samurai cuba untuk mencederakan polis. Akibat perbuataanya, dia telah ditembak dan dilaporkan mati di Hospital Putrajaya. Suspek juga telah melaungkan sambil berkata bahawa dia adalah Imam Mahadi. Pasangannya yang merupakan seorang wanita turut ditembak dan kini sedang menerima rawatan.
Pasangan Mengamuk Di JPM Putrajaya
Laporan Polis Amukan Di Jabatan Perdana Menteri 9 Julai 2012
Pada 9/07/2012 jam 1430 bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai. Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya. Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah. Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek. Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya. Didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan. Saspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

sumber : melayukini.net

No comments:

Post a Comment

Featured post

Renew Insurans Murah

 Renew Insurans Murah Serendah RM90.00 untuk motorsikal dan serendah RM200.00 untuk kereta.. wasap segera 0199374884-Syah